Powered by IP2Location.com

Tahukah Anda

Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation.

Tahukah anda?

mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam dan luar negara dikembalikan kepada JAKIM.

Apakah Maksud Halal?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak..

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan..

Portal Rasmi Halal Malaysia

http://www.halal.gov.my/.

Friday, December 3, 2010

Mencari Penawar Keletihan

Dalam tempoh beberapa bulan ni memang kerap berasa letih dan lesu selepas asar. Faktor kerja mungkin juga menyebabkan keletihan ni tapi dulu takde masalah pun. Beberapa kali juga terlelap selepas asar akibat keletihan yang teramat sangat.

Mungkin dah lama tak minum radix sebab tu selalu letih je. Akhirnya keputusan telah dibuat yang mana Radix kapsul menjadi pilihan. Dah bertahun jadi ahli HPA tak pernah pun guna produk ni sebab selalu minum kopi radix je. 

lepas asar terus singgah kedai utk makan nasi sebab tersangatlah lapar setelah seharian makan biskut je. Lepas makan nasi balik rumah dan terus telan 2 biji kapsul. Pertama kali guna memang rasa kelainan sebab tak rasa mengantuk pun. Lepas ni nak cuba amalkan Radix kapsul ni. Mudah-mudahan usaha untuk hilangkan keletihan ni akan berjaya. Dengan kuasa Allah semuanya boleh berubah..Apa yang penting....kena ikhtiar ...

Radix (Herba Tenaga)

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.
Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.
Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :1. Ardisia Crispa
2. Cinnamomum Iners
3. Morinda Eliptica
4. Eurycoma Longifolia
5. Smilax Myositiflora
6. Alyxia Reinwardtii
7. Alyxia Indica
8. Freycinetia Malaccencis
Dos :2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 8

 ***Maklumat produk diperoleh dari http://hpaproduct2u.blogspot.com

Tuesday, November 30, 2010

SAKIT SEMASA MEMBUANG AIR KECIL

Mungkin sesetengah orang pernah mengalami masalah sakit semasa / selepas membuang air kecil. Saya sendiri juga pernah mengalami situasi tersebut yang mana rasa sakit tersebut berlaku selepas membuang air kecil. Tidak dinafikan bila kesakitan itu datang, memang tak senang duduk dibuatnya seolah-olah air kencing tidak keluar sepenuhnya.

Mula-mula memang ada hajat untuk ke klinik bagi mendptkan rawatan secara moden tetapi bila difikirkan semula alangkah baik kalau mencuba secara tradisional iaitu ubat berasaskan herba. Setelah mendapatkan nasihat daripada HPA, saya telah mengambil 3 jenis produk sahaja iaitu madu asli, herba tuju angin dan malac. Saya sinergikan produk tersebut dengan mencampurkan ketiga2 produk tersebut ke dalam segelas air. Amalkan 2 kali sehari. Alhamdulillah dalam masa 3 hari sudah beransur pulih. Kalau tak silap hari ke-5 sudah tidak sakit lagi. Kalau saya bertindak lebih awal mungkin tempoh masa untuk sembuh adalah lebih singkat.

Kepada sesiapa yang mengalami masalah tersebut, cubalah kaedah ini. Dapatkan nasihat daripada pihak HPA Industries terlebih dahulu. Setiap penyakit ada penawarnya. Berusahalah untuk menyembuhkannnya di samping berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
MALAC

Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi sebagai anti hipertensi (turunkan tekanan darah) dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, penyakit epilipsi (sawan), infeksi saluran kencing, demam campak, dan gout. Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Mereka yang menderita kerosakan pada ginjal dicadangkan mengamalkan Malac bersama Herba rebusan Alac. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.
 
Komposisi (75 Kapsul per botol) :1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica

Dos :Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 8



HERBA TUJU ANGIN

Herba Tuju Angin dihasilkan oleh tumbuhan yang mujarab untuk masuk angin serta melancarkan pembuangan air besar, sehingga badan terasa ringan. Herba ini merupakan makanan kesihatan yang baik untuk tua mahupun muda, baik lelaki atau perempuan. Ia dapat mengatasi masalah angin seperti :
1. Angin Duduk: cepat penat, terasa mual
2. Angin Darah: emosi dan cepat marah
3. Angin Sendi: sakit-sakit badan, lemas, kesemutan dan terasa ditusuk-tusuk pada kaki dan tangan.
Herba Tuju Angin juga baik untuk mengubati migrain, gejalanya sakit kepala sebelah, tiba-tiba pusing. Selain itu, ia baik untuk mengatasi masalah gastrik seperti perut kembung, terasa kenyang sebelum makan.
Manfaat herba ini:
1. Mengatasi perut kembung
2. Menghilangkan rheumatik
3. Mengatasi migrain
4. Mengatasi maag/gastrik
5. Menghilangkan kesemutan pada hujung jari
6. Meredakan sakit sendi
7. Hilang selera makan
8. Lemah tenaga batin
9. Rheumatik
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Cinnamomum Iners
2. Vitex Pubescens
3. Micromelium Pubescens
4. Morinda Eliptica
Dos :Malam 2 kapsul dan 1 kapsul untuk pagi.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18
Nilai Mata (NM): 8


MADU ASLI






 ***Maklumat produk diperoleh dari http://hpaproduct2u.blogspot.com

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum..

Setelah lama menyepi halal4us muncul kembali. Di kesempatan ini halal4us mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Setelah berjaya mengharungi bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan, kita telah merayakan Aidilfitri di bulan Syawal yang mulia ini. Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi di bulan Ramadhan pada tahun hadapan.

Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan telah dicemari dengan perkara-perkara yang mencabar kesucian bulan tersebut. Ketidakprihatinan sesetengah hotel & restoran yang menyediakan sajian berbuka puasa yang bercampur dengan sumber-sumber haram memang mengecewakan. Mujurlah JAKIM agak peka dengan isu ini.

Sama-samalah kita berdoa agar kesucian Islam tidak dicemari dengan perkara-perkara yang sebegini.

Tidak cukup dengan isu juadah berbuka, masyarakat Islam di negara ini juga dikejutkan dengan isu tempat penyembelihan & cara penyembelihan ayam yang tidak sempurna. Bukan itu sahaja, kerang yang bercampur dengan darah khinzir juga turut mendapat liputan meluas.


Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa diucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia amnya. Bersempena dengan bulan yang mulia ini, sama-samalah kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Mudah-mudahan amal yang kita lakukan akan diterima olehNya.

Bulan ramadhan sangat menuntut kita untuk mengawal nafsu yang saban hari semakin mengganas. Berhemahlah ketika membeli juadah berbuka di bazar ramadhan. Belilah sekadar yang perlu sahaja. Rasulullah hanya memakan kurma sahaja ketika berbuka mengapa kita tak boleh menurutinya?

Pilihlah makanan yang menjamin kesihatan dan banyakkanlah meminum air untuk kekuatan kepada kita berpuasa sepanjang hari. Bagi yang berbuka puasa di hotel, pastikan hotel tersebut mempunyai Sijil Halal.

Akhir Sekali...SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDAHAN

Saturday, July 31, 2010

CARA MENYEMAK STATUS HALAL

JAKIM telah menyediakan sebuah portal bagi memudahkan pengguna untuk membuat semakan status sesuatu barangan samada halal atau tidak. berikut adalah pautan yang disediakan untuk rujukan:

-laman utama portal halal JAKIM
http://www.halal.gov.my



Format SMS semakan permohonan

HALALSTATUSNo. permohonan
Cth: HALAL STATUS 20091231101010
hantar ke 15888.

Format SMS semakan pemegang sijil halal

HALALSEMAKNo. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Cth: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888.

JAKIM PERLU LEBIH AGRESIF

Isu penyalahgunaan logo halal masih lagi hangat diperkatakan. Kerakusan dan ketamakan pengusaha restoran dan hotel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada sensitiviti umat Islam terhadap isu halal dan haram sangat mengecewakan.

Kebijaksanaan pengusaha restoran yang menyediakan pekerja-pekerja muslim di restoran mereka telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung muslim ke premis mereka. Dengan situasi sebegini, sudah pasti pengunjung meyakini hidangan yang mereka nikmati adalah halal apatah lagi logo halal terpampang di pintu masuk restoran.

Walaupun sesebuah restoran atau hotel mempunyai tukang masak dan pekerja yang beragama Islam, tidak semestinya hidangan yang disediakan dijamin halal 100%. Apa yang dititikberatkan ialah cara penyediaan makanan tersebut samada menggunakan bahan yang halal atau tidak. Bagi masakan tradisional melayu, bahan yang digunakan mungkin yang biasa didengar tetapi penyediaan makanan barat umpamanya sangat meragukan mengenai bahan-bahan yang digunakan.

Dengan senario sebegini yang semakin berleluasa, JAKIM wajar memperkukuhkan jentera mereka bagi membuat pemantauan yang lebih teliti. Mungkin ada pengusaha yang mendapatkan sijil halal JAKIM hanya mengikut prosedur pada peringkat permulaan untuk mendapatkan sijil tersebut sahaja. Selepas sahaja sijil Halal berjaya diperoleh, tidak mustahil pengusaha akan melakukan sesuatu yang di luar syarak.

Kalau polis, mereka ada pasukan peronda. Jika isu penyalahgunaan logo halal masih tiada perubahan mungkin JAKIM boleh menggunakan alternatif ini bagi menubuhkan pasukan untuk membuat serbuan pada bila-bila masa sahaja dan mestilah kerap dilakukan bukannya sekali sekala sahaja.

Semoga JAKIM akan terus bertambah mantap......

APA KEISTIMEWAAN KOPI RADIX???

Di Malaysia memang ramai yang menjadikan kopi sebagai minuman utama malah kopi juga dijadikan minuman rasmi semasa mensyuarat, seminar dan sebagainya. Tahukah anda bahawa kopi radix juga merupakan kopi yang semakin popular di Malaysia dan permintaan terhadap kopi tersebut smakin lama semakin meningkat.

Apa yang membezakan kopi radix berbanding dengan kopi jenama lain di pasaran??? Berikut adalah penerangan serba sedikit kopi radix yang diperoleh dari http://hpaproduct2u.blogspot.com

Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) yang dirumus khas bagi penggemar aroma kopi tulen. Ia mampu :

1. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
2. Melawas dan melancarkan kencing.
3. Mengatasi masalah frigid bagi wanita (memberi ceria pasangan suami isteri).
4. Tongkat Ali sebagai herba utama.
5. Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
6. Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
7. Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.

Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

1. Tongkat Ali

Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan tenaga batin.

2. Mata Pelanduk

Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan juga batuk-batuk.

3. Teja Lawang

Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik untuk ibu selepas bersalin.

4. Tebu Gajah

Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.

5. Mengkudu hutan

Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

6. Larak hutan

Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

7. Halban

Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

Kandungan:

  • Eurycoma longifolia
  • Cinnamomum inners
  • Ardisia crispa
  • Albizzia Myriophylla
  • Morinda Eliptica
  • Polyalthia Hypoleuca
  • Vitex Pubescen
  • Kopi

  • ***Disebabkan terlalu banyak kopi radix palsu di pasaran, pengguna dinasihatkan untuk mendapatkannya di Cawangan/stokis/pengedar berdaftar.

    Thursday, July 29, 2010

    BERHATI-HATI DENGAN SKIM CEPAT KAYA

    Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada ejen skim cepat kaya yang akhirnya terkantoi jua seperti yang dilaporkan oleh akhbar utusan Malaysia bertajuk "Skim cepat kaya tumpas". Boleh rujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm. Seperti biasa, untuk menyertai skim pelaburan ini, modal yang besar perlu disediakan terlebih dahulu.

    Kakitangan kerajaan dikatakan paling ramai menyertai skim cepat kaya. Apa sebabnya? Jika dilihat senario semasa, kakitangan kerajaan yang paling mudah untuk membuat pinjaman bank berbanding dengan kakitangan swasta atau yang bekerja sendiri. Disebabkan ruang yang dibuka luas menyebabkan ada segelintir kakitangan kerajaan yang menyalahgunakan keistimewaan yang ada pada mereka.

    Adakah rezeki yang diperoleh sebelum ini tidak mencukupi? Beginilah jadinya apabila sifat tamak dan mementingkan kebendaan serta wang ringgit menyelubungi diri. Sudahlah banyak wang habis dilaburkan, hutang pula keliling pinggang yang nak dibayar. Setiap individu mestilah bijak menilai syarikat-syarikat yang menawarkan skim cepat kaya ini. Jika dilihat pada risalah-risalah yang diedar, skim cepat kaya ini begitu bijak untuk memerangkap orang ramai dengan ayat-ayat yang boleh melemahkan iman.

    Tak tahu lah apa yang dibuat oleh dalang skim cepat kaya ini hinggakan mampu menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada para pelabur. Nak kata jual produk, macam tiada produk pun yang dijual. Tiba-tiba boleh kata akan dapat pulangan yang lumayan. Bagi yang berfikir panjang, sudah tentu akan tertanya-tanya dari mana wang itu datang. Seolah-olah skim cepat kaya ini tak ubah seperti money game. Mungkin wang pelaburan bagi orang yang baru menyertai skim tersebut akan dibayar kepada org yang terlebih dahulu menyertainya dan begitulah seterusnya. Untuk meyakinkan orang ramai, dalam masa 3-4 bulan mungkin peserta akan dapat pulangan yang dijanjikan tetapi selepas itu hilang entah ke mana.

    Biasanya dalang skim cepat kaya ni bijak mempengaruhi orang ramai dengan menunjukkan kereta mewah mereka dengan hasrat dapat membuka pintu hati orang ramai untuk bersama-sama dengan mereka. Tidak kurang pula yang bergambar dengan timbunan duit serta banglo mewah. Yang suka menunjuk-nunjuk ni pula orang Melayu dan beragama Islam. Adakah Islam mengajar umatnya untuk menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, riak dan takbur? Islam tiidak pernah mengajar perkara-perkara sebegeni sebaliknya jika seseorang berharta lebih digalakkan untuk membual sedekah jariah sebagai bekalan ke akhirat kelak.


    Bagi mereka yang terlalu mengejar kekayaan, cuba renung hadith & dalil di bawah:

    Hadith:

    "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)

    Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya
    .

    Dalil :

    Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )

    Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram.

    Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.

    ****Maaf kalau ada yang tak setuju dengan post kali ni. Kalau berminat sangat nak tambah pendapatan cubalah berniaga dengan menjual produk-produk berkualiti. Mudah-mudahan perniagaan yang dijalankan akan mendapat keberkatan..amin....

    Monday, July 26, 2010

    BENARKAH PERNIGAAN MLM AKAN TEPU?

    Mungkin sebahagian antara kita sudah trauma mendengar perkataan MLM. Mungkin sebahagian dari kita telah terjebak dengan pernigaan ini dan menghabiskan banyak wang tapi hasilnya amat mendukacitakan. Di Malaysia MLM ni bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang berkonsepkan pyramid, pairing, binary dan macam-macam lagi.

    Ada sesetengah psyarikat MLM mempunyai panel syariah tersendiri bagi membuat pemantauan manakala banyak lagi yang tidak mempunyai panel syariah dan hanya bergantung kepada lesen KPDN dan sijil halal Jakim untuk produk mereka bagi menarik perhatian orang ramai tetapi mengenai plan pemasaran mereka tiada siapa yang pantau. Kebanyakan syarikat MLM yang tidak mempunyai panel syariah cuba menghalalkan plan pemasaran mereka atas beberapa faktor:

    1. Mempunyai produk
    2. Tiada paksaan dan penindasan
    3. Bonus yang adil

    Adakah dengan faktor-faktor tersebut sesuatu MLM boleh dikatakan halal 100%? faktor-faktor tersebut hanya sebahagian sahaja untuk menghalalkan MLM sebab ada lagi perkara-perkara tersembunyi dalam plan pemasaran yang kita tidak ketahui status halal/haram. Sebab itu perlunya panel syariah yang berwibawa untuk mengkaji dan membuat pemantauan. Jangan setakat ada ustaz join MLM tu kita dah boleh kata halal 100%. Sebab tu ditekankan supaya ada panel syariah yang pakar dalam bidang tersebut dan bukan sekadar melantik panel syariah sekadar untuk melengkapkan syarat sahaja.

    Kebanyakan MLM yang berkonsepkan pendapatan berdasarkan kemasukan ahli baru (downline) memang sangat popular. Mereka juga mempunyai produk tetapi produk hanya letak tepi bukannya untuk dijadikan perniagaan. Mungkin mereka cuba mengimbangi tuntutan syarak yang menghendakkan produk yang berkualiti dijadikan asas perniagaan. Sebab itu mereka juga menyediakan produk tetapi produk itu bukanlah untuk dijual sesuka hati tetapi menjadi syarat wajib bagi ahli baru baru untuk membeli produk tersebut dengan pakej-pakej yang berbeza.

    Kalau difikirkan, mungkin ada benarnya pendapatan berasaskan kemasukan ahli baru ni akan tepu. Sebagai contoh sesebuah syarikat MLM yang mempunyai 2juta ahli. Ahli yang di level pertama mungin boleh bersenang lenang sedangkan ahli yang ke 2juta tersebut mungkin akan terkebil-kebil nak dapat income. Upline selalunya bijak berkata-kata bagi mengusai hati orang ramai. Antara ayat-ayat mereka, di Malaysia generasi baru saban tahun dilahirkan. Mereka lah yang akan meneruskan kesinambungan pernigaan ini. Persoalannya, adakah generasi ini akan terus berminat dengan perniagaan tersebut?

    Sebenarnya banyak lagi yang nak ditulis ni. Tapi cukuplah sampai disini dulu. Yang lain akan dikemaskini kemudian.

    ****kesimpulannya...walau apa pun MLM yang anda sertai, pastikan syarikat tersebut mempunyai panel syariah yang betul-betul pakar.








    Saturday, July 24, 2010

    BERSYUKUR DENGAN REZEKI HARAM,?

    Seorang pemuda yang bekerja sebagai petani berangan-angan untuk mengubah hidupnya menjadi kaya raya setelah pekerjaannya sebagai petani belum mampu meletakkan dirinya berstatus kaya. Disebabkan tak sabar nak jadi kaya, dia nekad untuk membeli nombor ekor 4D.

    Dia pun masuk ke kedai nombor ekor untuk membeli nombor tersebut. Sebelum masuk dia membaca bismillah dengan harapan akan membawa berkat dan mendatangkan rezeki yang baik. (Baca bismillah memang bagus, tp baca ketika nak melakukan kemungkaran boleh ke?)

    Ditakdirkan pemuda tersebut menang tempat pertama dengan nombor 4141(saja je letak nombor ni). Dia meraih RM10,000. Sebaik mendapat tahu keputusan tersebut, dia menadah tangan sambil berdoa kerana bersyukur dengan rezeki yang dia dapat.

    Boleh ke bersyukur dengan sumber pendapatan haram? Sendiri pikir la,...
    Dalam hidup ni, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara. Ada yang diuji dengan kehidupan mewah, ada yang susah dll. Allah menguji dengan kekayaan supaya manusia sedar dari mana dia dapat kekayaan itu dan sejauh mana manusia menggunakan kekayaan itu ke jalan yang diberkati. Allah juga menguji dengan kesusahan. Ujian ini bukan bermaksud Allah tidak sayang akan hambaNya tetapi menguji sejauh mana seseorang itu boleh menerima ujian Allah.

    Lepas ni kalau rasa dapat duit banyak dari sumber haram/syubhah, cepat2lah bertaubat sebelum terlambat.

    Cerita di atas hanya untuk renungan sahaja...

    Friday, July 23, 2010

    RESTORAN MAMAK....APA YANG BEST?

    Isu kali ni nak merungkai misteri di sebalik restoran mamak. Sebenarnya takde la misteri sangat. Cuma nak tau kenapa rakyat Malaysia suka sangat pergi ke restoran mamak ni. Waktu puncaknya adalah malam hinggakan tak cukup kerusi meja dibuatnya.

    Tapi kalau difikirkan apa sangat menu special kt restoran tu. Mungkin orang Malaysia ni suka makan roti-roti yg ada kat situ. Kadang-kadang ada yang melepak kat situ cuma minum teh tarik je..kat kedai melayu kan ada jual juga teh tarik ni. Kenapa teh tarik mamak juga jadi pilihan? Jawapannya ada di tangan pengunjung setia restoran mamak ni.

    Waktu world cup lepas, tauke restoran mamak boleh senyum lebar. Apa taknya pengunjung meningkat dengan mendadak dek penangan world cup. Tak cukup kerusi meja dibuatnya. Ada juga yang sanggup bertenggek atas motor semata-mata nak tengok world cup kat restoran mamak ni. Persoalannya lagi, kenapa mesti restoran mamak jadi pilihan? Sedangkan kat restoran melayu pun ada pasang skrin besar tetapi kenapa takde orang yang sudi tengok kat restoran melayu? Bagi tauke restoran melayu, world cup pun takde makna. Jumlah pengunjung masih sama malah lagi sikit daripada bukan musim world cup. kerusi pun lagi banyak dari pelanggan.

    Persoalan yang sentiasa bermain-main di fikiran halal4us, apa yang best sangat restoran mamak ni? anda jawablah sendiri sebab halal4us takde jawapan..Kalau di utara dah bersepah restoran mamak ni dan tersangat popular . Pelita, Irfanah, nashmir, kasim mustapha, line cclear dan banyak lg antara yg popular di utara. Pilih je nak makan kat mana. Tapi kalau di pantai Timur restoran mamak ni macam kurang popular sangat dan susah nak jumpa berbanding kawasan utara,tengah, dan selatan. halal4us pun pernah juga mkn kat restoran mamak ni, takde apa yg istimewa pun bahkan harga lagi mahal dari restoran melayu. tapi kalau dah terdesak terpaksa la makan juga.

    Isu halal haram restoran mamak ni selalu juga orng sebut2. Apa tidaknya dah banyak restoran mamak yang kononnya beragama Islam dan menyediakan makanan halal dah terkantoi dengan JAKIM. nak mengucap 2 kalimah syahadah pun tak boleh inikan pula nak baca al-Fatehah. Nak menipu tapi tak pandai. Bila masuk tv tau pun malu. entah apa la yang dibubuh dalam masakan tu. lepas tu bg org Islam makan. Astaghfirullah....mintak2 makanan yg dah masuk dlm perut ni semuanya halal. Susah juga nanti bila makanan haram masuk dalam badan. silap2 hati boleh gelap.

    Pada suatu malam halal4us makan roti canai kat sebuah restoran mamak. Waktu makan tu ternampak la pekerja restoran tu tengah menguli tepung untuk buat roti. waktu menguli tu mungkin suhu agak panas sampai berpelu-peluh badan dia. Bila peluh keluar meleleh tu dia kesat guna lengan je. semakin lama semakin banyak peluh yang keluar. halal4us rasa peluh tu mungkin dah termasuk dalam tepung yg diuli tu. Patut la roti canai sedap dimakan sebab ada perisa tambahan. Bab2 kebersihan ni memang halal4us slalu perhatikan juga. Bila ada pelanggan yang order roti canai/capati dll dia selamba je pegang roti tu padahal sebelum tu dia dah pegang kain lap meja yang kotor. Mesti la tangan tak bersih & penuh kuman.

    Roti canai antara menu wajib di restoran mamak


    salah satu cawangan nasi kandar pelita yang famous di utara

    Terlebih-lebih la pulak citer pasal restoran mamak ni..maaf kalau ada yang tak setuJu dengan citer halal4us ni..

    SELAMAT MENJAMU SELERA

    Wednesday, July 21, 2010

    KENAPA PRODUK MUSLIM KETINGGALAN???

    Bila pergi ke pasaraya, memang pening kepala dibuatnya sebab tak tau nak pilih barang apa. Tapi yang paling pening bila tak jumpa produk keluaran bumiputera muslim. Sebenarnya apa punca produk-produk muslim sukar diperoleh di pasaraya besar? Berdasarkan apa yang dilihat, mungkin ini antara faktornya:


    1. Tak berani tanggung risiko untuk keluarkan modal yang besar bagi meningkatkan pengeluaran.

    2. Lebih suka menghasilkan produk di rumah dan pondok2 kecil

    3. Lemahnya strategi pemasaran terutama dari segi pengiklanan. Zaman internet sekarang kalau dimanfaatkan sepenuhnya memang perniagaan boleh maju seperti penggunaan sistem affiliate.

    4. Takut jika resepi rahsia mereka akan diketahui orang lain jika dibuat besar-besaran.

    5. Terlalu mengharapakan bantuan kerajaan.

    6. Kaedah pembungkusan yang terlalu tradisional. Kadang-kadang pembeli ni lebih tertarik pada kaedah pembungkusan daripada isi di dalamnya. apa yang lebih mendukacitakan masih ada lagi yang menggunakan lilin untuk membungkus makanan mereka.


    Kerepek Bawang yang popular semasa musim perayaan masih dibungkus secara tradisional. Kalaulah pembungkusan dilakukan dengan lebih moden, tak mustahil boleh dijual dengan meluas ke negara luar

    Kaedah pembungkusan yang moden dan lebih meyakinkan mampu menarik perhatian pembeli.

    Faktor-faktor di atas hanyalah pandangan peribadi sahaja. Maaf kalau ada yang tak setuju.

    RADIX

    Kilang Radix



    Testimoni



    Anugerah Perdana Menteri

    SEJAUH MANA KITA MENGGUNAKAN PRODUK HALAL?

    Jika sebelum ni umat Islam kurang menitikberatkan soal makanan samada ia betul-betul halal atau tidak dan dari mana ia dihasilkan tetapi sejak kekejaman rejim Zionis dan keangkuhan Amerika Syarikat terhadap umat Islam telah banyak membuka mata umat Islam di Malaysia untuk memboikot produk keluaran mereka.

    Sedar atau tidak, mungkin dah banyak produk makanan/minuman khususnya telah menjadi darah daging umat Islam hasil dari kedua-dua negara tersebut. Di bawah adalah antara produk-produk yang diboikot seperti yang terkandung di
    http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html





    Usaha memboikot perlulah dilakukan dengan berterusan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Sebenarnya banyak lagi produk-produk halal keluaran umat Islam tetapi kelemahan paling ketara adalah dari segi pemasaran dan pembungkusan. Jika masalah ini dpt diatasi, mungkin suatu hari nanti produk-produk mereka juga mampu ke luar negara.


    HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama

    Sunday, July 11, 2010

    Madu Asli


    Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya yang tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.

    Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.

    Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang.

    Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut.

    Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.

    Komposisi (375 gram per botol) :

    Madu Asli diambil dari Timur Tengah

    Dos :
    Sinergikan dengan:-

    1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.

    2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.

    3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy/resdung).

    4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.

    5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.

    Harga Pengguna
    Semenanjung Malaysia: RM 23
    Sabah & Sarawak: RM 27

    Harga Pengedar HPA
    Semenanjung Malaysia: RM 18
    Sabah & Sarawak: RM 23

    Nilai Mata (NM): 5


    sumber dari : http://hpaproduct2u.blogspot.com/search?q=madu+asli


    HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama


    Friday, July 9, 2010

    PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

    Profil

    Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

    Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

    HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

    .: Motto Syarikat :.

    ” PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA ”

    .: Visi Syarikat :.

    HPA
    komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan
    yang berkesan.

    HPA
    komited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini.

    HPA
    komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

    .: Misi Syarikat :.

    HPA
    memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herba
    dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu
    keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis
    penyakit yang dialami.

    HPA
    juga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian.

    HPA
    menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan
    pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri,
    keluarga, dan masyarakat.

    .: Objektif Syarikat :.

    Menjadi pengusaha No. 1 dan penjual produk herba Muslim di seluruh Malaysia.

    Memimpin indutsri herba di Malaysia dari segi pengeluaran yang inovatif, berdaya maju, dan berwawasan.

    Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.

    HPA Online Produk Halal Tanggungjawap Bersama