Powered by IP2Location.com

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum..

Setelah lama menyepi halal4us muncul kembali. Di kesempatan ini halal4us mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Setelah berjaya mengharungi bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan, kita telah merayakan Aidilfitri di bulan Syawal yang mulia ini. Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi di bulan Ramadhan pada tahun hadapan.

Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan telah dicemari dengan perkara-perkara yang mencabar kesucian bulan tersebut. Ketidakprihatinan sesetengah hotel & restoran yang menyediakan sajian berbuka puasa yang bercampur dengan sumber-sumber haram memang mengecewakan. Mujurlah JAKIM agak peka dengan isu ini.

Sama-samalah kita berdoa agar kesucian Islam tidak dicemari dengan perkara-perkara yang sebegini.

Tidak cukup dengan isu juadah berbuka, masyarakat Islam di negara ini juga dikejutkan dengan isu tempat penyembelihan & cara penyembelihan ayam yang tidak sempurna. Bukan itu sahaja, kerang yang bercampur dengan darah khinzir juga turut mendapat liputan meluas.


0 comments:

Post a Comment