Powered by IP2Location.com

Tahukah Anda

Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan halal diambil alih oleh Halal Industry Development Corporation.

Tahukah anda?

mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan pensijilan Halal Malaysia dalam dan luar negara dikembalikan kepada JAKIM.

Apakah Maksud Halal?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak..

Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf

Pihak berkuasa yang diiktiraf bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan..

Portal Rasmi Halal Malaysia

http://www.halal.gov.my/.

Saturday, July 31, 2010

CARA MENYEMAK STATUS HALAL

JAKIM telah menyediakan sebuah portal bagi memudahkan pengguna untuk membuat semakan status sesuatu barangan samada halal atau tidak. berikut adalah pautan yang disediakan untuk rujukan:

-laman utama portal halal JAKIM
http://www.halal.gov.my



Format SMS semakan permohonan

HALALSTATUSNo. permohonan
Cth: HALAL STATUS 20091231101010
hantar ke 15888.

Format SMS semakan pemegang sijil halal

HALALSEMAKNo. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Cth: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888.

JAKIM PERLU LEBIH AGRESIF

Isu penyalahgunaan logo halal masih lagi hangat diperkatakan. Kerakusan dan ketamakan pengusaha restoran dan hotel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada sensitiviti umat Islam terhadap isu halal dan haram sangat mengecewakan.

Kebijaksanaan pengusaha restoran yang menyediakan pekerja-pekerja muslim di restoran mereka telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung muslim ke premis mereka. Dengan situasi sebegini, sudah pasti pengunjung meyakini hidangan yang mereka nikmati adalah halal apatah lagi logo halal terpampang di pintu masuk restoran.

Walaupun sesebuah restoran atau hotel mempunyai tukang masak dan pekerja yang beragama Islam, tidak semestinya hidangan yang disediakan dijamin halal 100%. Apa yang dititikberatkan ialah cara penyediaan makanan tersebut samada menggunakan bahan yang halal atau tidak. Bagi masakan tradisional melayu, bahan yang digunakan mungkin yang biasa didengar tetapi penyediaan makanan barat umpamanya sangat meragukan mengenai bahan-bahan yang digunakan.

Dengan senario sebegini yang semakin berleluasa, JAKIM wajar memperkukuhkan jentera mereka bagi membuat pemantauan yang lebih teliti. Mungkin ada pengusaha yang mendapatkan sijil halal JAKIM hanya mengikut prosedur pada peringkat permulaan untuk mendapatkan sijil tersebut sahaja. Selepas sahaja sijil Halal berjaya diperoleh, tidak mustahil pengusaha akan melakukan sesuatu yang di luar syarak.

Kalau polis, mereka ada pasukan peronda. Jika isu penyalahgunaan logo halal masih tiada perubahan mungkin JAKIM boleh menggunakan alternatif ini bagi menubuhkan pasukan untuk membuat serbuan pada bila-bila masa sahaja dan mestilah kerap dilakukan bukannya sekali sekala sahaja.

Semoga JAKIM akan terus bertambah mantap......

APA KEISTIMEWAAN KOPI RADIX???

Di Malaysia memang ramai yang menjadikan kopi sebagai minuman utama malah kopi juga dijadikan minuman rasmi semasa mensyuarat, seminar dan sebagainya. Tahukah anda bahawa kopi radix juga merupakan kopi yang semakin popular di Malaysia dan permintaan terhadap kopi tersebut smakin lama semakin meningkat.

Apa yang membezakan kopi radix berbanding dengan kopi jenama lain di pasaran??? Berikut adalah penerangan serba sedikit kopi radix yang diperoleh dari http://hpaproduct2u.blogspot.com

Kopi Pra-Campuran Radix (Tongkat Ali) yang dirumus khas bagi penggemar aroma kopi tulen. Ia mampu :

1. Sebagai afrodisiak menambah fertiliti (kesuburan)
2. Melawas dan melancarkan kencing.
3. Mengatasi masalah frigid bagi wanita (memberi ceria pasangan suami isteri).
4. Tongkat Ali sebagai herba utama.
5. Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot.
6. Mengaktifkan biosentesis ke atas hormon endrogen.
7. Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan.

Kelebihan Kopi Radix adalah pada campuran 7 jenis herba seperti:

1. Tongkat Ali

Akar Tongkat ali dapat menurunkan demam panas, demam kuning atau keracunan di hati, melegakan sakit-sakit tulang dan sendi, gatal-gatal badan, batuk kering (TB), kencing manis dan juga meningkatkan tenaga batin.

2. Mata Pelanduk

Akar Mata pelanduk dapat merawat otot atau ligament yang terseliuh, sakit dada, cirit-birit, sakit tekak, keracunan, pembengkakan testis, demam dan juga batuk-batuk.

3. Teja Lawang

Akar Teja Lewang digunakan juga untuk menurunkan demam, melegakan asma, batuk, lumbago, menambah tenaga, dan juga baik untuk ibu selepas bersalin.

4. Tebu Gajah

Akarnya bersifat antidote yang dapat mengebahkan demam, mengubati sakit telinga, membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.

5. Mengkudu hutan

Akar Mengkudu hutan dapat merawat sakit kepala, buasir, sakit jantung, darah tinggi, sebagai Pelawas, memberikan tidur yang berkualiti dan juga dapat menghaluskan kulit.

6. Larak hutan

Akarnya dapat dijadikan ubat selepas bersalin, mengelakkan meroyan, dapat membuangkan angin dan juga sebagai tonik.

7. Halban

Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan dan dapat melegakan batuk.

Kandungan:

  • Eurycoma longifolia
  • Cinnamomum inners
  • Ardisia crispa
  • Albizzia Myriophylla
  • Morinda Eliptica
  • Polyalthia Hypoleuca
  • Vitex Pubescen
  • Kopi

  • ***Disebabkan terlalu banyak kopi radix palsu di pasaran, pengguna dinasihatkan untuk mendapatkannya di Cawangan/stokis/pengedar berdaftar.

    Thursday, July 29, 2010

    BERHATI-HATI DENGAN SKIM CEPAT KAYA

    Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada ejen skim cepat kaya yang akhirnya terkantoi jua seperti yang dilaporkan oleh akhbar utusan Malaysia bertajuk "Skim cepat kaya tumpas". Boleh rujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm. Seperti biasa, untuk menyertai skim pelaburan ini, modal yang besar perlu disediakan terlebih dahulu.

    Kakitangan kerajaan dikatakan paling ramai menyertai skim cepat kaya. Apa sebabnya? Jika dilihat senario semasa, kakitangan kerajaan yang paling mudah untuk membuat pinjaman bank berbanding dengan kakitangan swasta atau yang bekerja sendiri. Disebabkan ruang yang dibuka luas menyebabkan ada segelintir kakitangan kerajaan yang menyalahgunakan keistimewaan yang ada pada mereka.

    Adakah rezeki yang diperoleh sebelum ini tidak mencukupi? Beginilah jadinya apabila sifat tamak dan mementingkan kebendaan serta wang ringgit menyelubungi diri. Sudahlah banyak wang habis dilaburkan, hutang pula keliling pinggang yang nak dibayar. Setiap individu mestilah bijak menilai syarikat-syarikat yang menawarkan skim cepat kaya ini. Jika dilihat pada risalah-risalah yang diedar, skim cepat kaya ini begitu bijak untuk memerangkap orang ramai dengan ayat-ayat yang boleh melemahkan iman.

    Tak tahu lah apa yang dibuat oleh dalang skim cepat kaya ini hinggakan mampu menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada para pelabur. Nak kata jual produk, macam tiada produk pun yang dijual. Tiba-tiba boleh kata akan dapat pulangan yang lumayan. Bagi yang berfikir panjang, sudah tentu akan tertanya-tanya dari mana wang itu datang. Seolah-olah skim cepat kaya ini tak ubah seperti money game. Mungkin wang pelaburan bagi orang yang baru menyertai skim tersebut akan dibayar kepada org yang terlebih dahulu menyertainya dan begitulah seterusnya. Untuk meyakinkan orang ramai, dalam masa 3-4 bulan mungkin peserta akan dapat pulangan yang dijanjikan tetapi selepas itu hilang entah ke mana.

    Biasanya dalang skim cepat kaya ni bijak mempengaruhi orang ramai dengan menunjukkan kereta mewah mereka dengan hasrat dapat membuka pintu hati orang ramai untuk bersama-sama dengan mereka. Tidak kurang pula yang bergambar dengan timbunan duit serta banglo mewah. Yang suka menunjuk-nunjuk ni pula orang Melayu dan beragama Islam. Adakah Islam mengajar umatnya untuk menunjuk-nunjuk, bermegah-megah, riak dan takbur? Islam tiidak pernah mengajar perkara-perkara sebegeni sebaliknya jika seseorang berharta lebih digalakkan untuk membual sedekah jariah sebagai bekalan ke akhirat kelak.


    Bagi mereka yang terlalu mengejar kekayaan, cuba renung hadith & dalil di bawah:

    Hadith:

    "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)

    Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya
    .

    Dalil :

    Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )

    Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram.

    Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.

    ****Maaf kalau ada yang tak setuju dengan post kali ni. Kalau berminat sangat nak tambah pendapatan cubalah berniaga dengan menjual produk-produk berkualiti. Mudah-mudahan perniagaan yang dijalankan akan mendapat keberkatan..amin....

    Monday, July 26, 2010

    BENARKAH PERNIGAAN MLM AKAN TEPU?

    Mungkin sebahagian antara kita sudah trauma mendengar perkataan MLM. Mungkin sebahagian dari kita telah terjebak dengan pernigaan ini dan menghabiskan banyak wang tapi hasilnya amat mendukacitakan. Di Malaysia MLM ni bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang berkonsepkan pyramid, pairing, binary dan macam-macam lagi.

    Ada sesetengah psyarikat MLM mempunyai panel syariah tersendiri bagi membuat pemantauan manakala banyak lagi yang tidak mempunyai panel syariah dan hanya bergantung kepada lesen KPDN dan sijil halal Jakim untuk produk mereka bagi menarik perhatian orang ramai tetapi mengenai plan pemasaran mereka tiada siapa yang pantau. Kebanyakan syarikat MLM yang tidak mempunyai panel syariah cuba menghalalkan plan pemasaran mereka atas beberapa faktor:

    1. Mempunyai produk
    2. Tiada paksaan dan penindasan
    3. Bonus yang adil

    Adakah dengan faktor-faktor tersebut sesuatu MLM boleh dikatakan halal 100%? faktor-faktor tersebut hanya sebahagian sahaja untuk menghalalkan MLM sebab ada lagi perkara-perkara tersembunyi dalam plan pemasaran yang kita tidak ketahui status halal/haram. Sebab itu perlunya panel syariah yang berwibawa untuk mengkaji dan membuat pemantauan. Jangan setakat ada ustaz join MLM tu kita dah boleh kata halal 100%. Sebab tu ditekankan supaya ada panel syariah yang pakar dalam bidang tersebut dan bukan sekadar melantik panel syariah sekadar untuk melengkapkan syarat sahaja.

    Kebanyakan MLM yang berkonsepkan pendapatan berdasarkan kemasukan ahli baru (downline) memang sangat popular. Mereka juga mempunyai produk tetapi produk hanya letak tepi bukannya untuk dijadikan perniagaan. Mungkin mereka cuba mengimbangi tuntutan syarak yang menghendakkan produk yang berkualiti dijadikan asas perniagaan. Sebab itu mereka juga menyediakan produk tetapi produk itu bukanlah untuk dijual sesuka hati tetapi menjadi syarat wajib bagi ahli baru baru untuk membeli produk tersebut dengan pakej-pakej yang berbeza.

    Kalau difikirkan, mungkin ada benarnya pendapatan berasaskan kemasukan ahli baru ni akan tepu. Sebagai contoh sesebuah syarikat MLM yang mempunyai 2juta ahli. Ahli yang di level pertama mungin boleh bersenang lenang sedangkan ahli yang ke 2juta tersebut mungkin akan terkebil-kebil nak dapat income. Upline selalunya bijak berkata-kata bagi mengusai hati orang ramai. Antara ayat-ayat mereka, di Malaysia generasi baru saban tahun dilahirkan. Mereka lah yang akan meneruskan kesinambungan pernigaan ini. Persoalannya, adakah generasi ini akan terus berminat dengan perniagaan tersebut?

    Sebenarnya banyak lagi yang nak ditulis ni. Tapi cukuplah sampai disini dulu. Yang lain akan dikemaskini kemudian.

    ****kesimpulannya...walau apa pun MLM yang anda sertai, pastikan syarikat tersebut mempunyai panel syariah yang betul-betul pakar.








    Saturday, July 24, 2010

    BERSYUKUR DENGAN REZEKI HARAM,?

    Seorang pemuda yang bekerja sebagai petani berangan-angan untuk mengubah hidupnya menjadi kaya raya setelah pekerjaannya sebagai petani belum mampu meletakkan dirinya berstatus kaya. Disebabkan tak sabar nak jadi kaya, dia nekad untuk membeli nombor ekor 4D.

    Dia pun masuk ke kedai nombor ekor untuk membeli nombor tersebut. Sebelum masuk dia membaca bismillah dengan harapan akan membawa berkat dan mendatangkan rezeki yang baik. (Baca bismillah memang bagus, tp baca ketika nak melakukan kemungkaran boleh ke?)

    Ditakdirkan pemuda tersebut menang tempat pertama dengan nombor 4141(saja je letak nombor ni). Dia meraih RM10,000. Sebaik mendapat tahu keputusan tersebut, dia menadah tangan sambil berdoa kerana bersyukur dengan rezeki yang dia dapat.

    Boleh ke bersyukur dengan sumber pendapatan haram? Sendiri pikir la,...
    Dalam hidup ni, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai cara. Ada yang diuji dengan kehidupan mewah, ada yang susah dll. Allah menguji dengan kekayaan supaya manusia sedar dari mana dia dapat kekayaan itu dan sejauh mana manusia menggunakan kekayaan itu ke jalan yang diberkati. Allah juga menguji dengan kesusahan. Ujian ini bukan bermaksud Allah tidak sayang akan hambaNya tetapi menguji sejauh mana seseorang itu boleh menerima ujian Allah.

    Lepas ni kalau rasa dapat duit banyak dari sumber haram/syubhah, cepat2lah bertaubat sebelum terlambat.

    Cerita di atas hanya untuk renungan sahaja...

    Friday, July 23, 2010

    RESTORAN MAMAK....APA YANG BEST?

    Isu kali ni nak merungkai misteri di sebalik restoran mamak. Sebenarnya takde la misteri sangat. Cuma nak tau kenapa rakyat Malaysia suka sangat pergi ke restoran mamak ni. Waktu puncaknya adalah malam hinggakan tak cukup kerusi meja dibuatnya.

    Tapi kalau difikirkan apa sangat menu special kt restoran tu. Mungkin orang Malaysia ni suka makan roti-roti yg ada kat situ. Kadang-kadang ada yang melepak kat situ cuma minum teh tarik je..kat kedai melayu kan ada jual juga teh tarik ni. Kenapa teh tarik mamak juga jadi pilihan? Jawapannya ada di tangan pengunjung setia restoran mamak ni.

    Waktu world cup lepas, tauke restoran mamak boleh senyum lebar. Apa taknya pengunjung meningkat dengan mendadak dek penangan world cup. Tak cukup kerusi meja dibuatnya. Ada juga yang sanggup bertenggek atas motor semata-mata nak tengok world cup kat restoran mamak ni. Persoalannya lagi, kenapa mesti restoran mamak jadi pilihan? Sedangkan kat restoran melayu pun ada pasang skrin besar tetapi kenapa takde orang yang sudi tengok kat restoran melayu? Bagi tauke restoran melayu, world cup pun takde makna. Jumlah pengunjung masih sama malah lagi sikit daripada bukan musim world cup. kerusi pun lagi banyak dari pelanggan.

    Persoalan yang sentiasa bermain-main di fikiran halal4us, apa yang best sangat restoran mamak ni? anda jawablah sendiri sebab halal4us takde jawapan..Kalau di utara dah bersepah restoran mamak ni dan tersangat popular . Pelita, Irfanah, nashmir, kasim mustapha, line cclear dan banyak lg antara yg popular di utara. Pilih je nak makan kat mana. Tapi kalau di pantai Timur restoran mamak ni macam kurang popular sangat dan susah nak jumpa berbanding kawasan utara,tengah, dan selatan. halal4us pun pernah juga mkn kat restoran mamak ni, takde apa yg istimewa pun bahkan harga lagi mahal dari restoran melayu. tapi kalau dah terdesak terpaksa la makan juga.

    Isu halal haram restoran mamak ni selalu juga orng sebut2. Apa tidaknya dah banyak restoran mamak yang kononnya beragama Islam dan menyediakan makanan halal dah terkantoi dengan JAKIM. nak mengucap 2 kalimah syahadah pun tak boleh inikan pula nak baca al-Fatehah. Nak menipu tapi tak pandai. Bila masuk tv tau pun malu. entah apa la yang dibubuh dalam masakan tu. lepas tu bg org Islam makan. Astaghfirullah....mintak2 makanan yg dah masuk dlm perut ni semuanya halal. Susah juga nanti bila makanan haram masuk dalam badan. silap2 hati boleh gelap.

    Pada suatu malam halal4us makan roti canai kat sebuah restoran mamak. Waktu makan tu ternampak la pekerja restoran tu tengah menguli tepung untuk buat roti. waktu menguli tu mungkin suhu agak panas sampai berpelu-peluh badan dia. Bila peluh keluar meleleh tu dia kesat guna lengan je. semakin lama semakin banyak peluh yang keluar. halal4us rasa peluh tu mungkin dah termasuk dalam tepung yg diuli tu. Patut la roti canai sedap dimakan sebab ada perisa tambahan. Bab2 kebersihan ni memang halal4us slalu perhatikan juga. Bila ada pelanggan yang order roti canai/capati dll dia selamba je pegang roti tu padahal sebelum tu dia dah pegang kain lap meja yang kotor. Mesti la tangan tak bersih & penuh kuman.

    Roti canai antara menu wajib di restoran mamak


    salah satu cawangan nasi kandar pelita yang famous di utara

    Terlebih-lebih la pulak citer pasal restoran mamak ni..maaf kalau ada yang tak setuJu dengan citer halal4us ni..

    SELAMAT MENJAMU SELERA