Powered by IP2Location.com

Saturday, July 31, 2010

JAKIM PERLU LEBIH AGRESIF

Isu penyalahgunaan logo halal masih lagi hangat diperkatakan. Kerakusan dan ketamakan pengusaha restoran dan hotel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada sensitiviti umat Islam terhadap isu halal dan haram sangat mengecewakan.

Kebijaksanaan pengusaha restoran yang menyediakan pekerja-pekerja muslim di restoran mereka telah berjaya menarik lebih ramai pengunjung muslim ke premis mereka. Dengan situasi sebegini, sudah pasti pengunjung meyakini hidangan yang mereka nikmati adalah halal apatah lagi logo halal terpampang di pintu masuk restoran.

Walaupun sesebuah restoran atau hotel mempunyai tukang masak dan pekerja yang beragama Islam, tidak semestinya hidangan yang disediakan dijamin halal 100%. Apa yang dititikberatkan ialah cara penyediaan makanan tersebut samada menggunakan bahan yang halal atau tidak. Bagi masakan tradisional melayu, bahan yang digunakan mungkin yang biasa didengar tetapi penyediaan makanan barat umpamanya sangat meragukan mengenai bahan-bahan yang digunakan.

Dengan senario sebegini yang semakin berleluasa, JAKIM wajar memperkukuhkan jentera mereka bagi membuat pemantauan yang lebih teliti. Mungkin ada pengusaha yang mendapatkan sijil halal JAKIM hanya mengikut prosedur pada peringkat permulaan untuk mendapatkan sijil tersebut sahaja. Selepas sahaja sijil Halal berjaya diperoleh, tidak mustahil pengusaha akan melakukan sesuatu yang di luar syarak.

Kalau polis, mereka ada pasukan peronda. Jika isu penyalahgunaan logo halal masih tiada perubahan mungkin JAKIM boleh menggunakan alternatif ini bagi menubuhkan pasukan untuk membuat serbuan pada bila-bila masa sahaja dan mestilah kerap dilakukan bukannya sekali sekala sahaja.

Semoga JAKIM akan terus bertambah mantap......

1 comments:

  1. Play casino site with no deposit bonuses
    If you can't get enough free spins on any slot machine, you could be in luckyclub luck! It has slots such as Mega Joker, Wild West, Raging Bull and a few

    ReplyDelete